Pages

Thursday 16 June 2011

Jam 9 Pagi

Jam menunjukkan lagi 15 minit pukul 9 pagi... 

hurm.. Waktu operasi bilik IT telah pun dilekatkan di pintu masuk bilik IT. ada jugak yang nak masuk sebelum jam 9.. perlu ker aku kunci pintu tu dulu , jam 9 kang baru aku buka semula.. pergh.. itu dah skema nau.. paham2 sendiri la student oi.. kalau korang sebelum kul 830 korang tak pulak nak masuk dewan kuliah tu awal2.. 

Bila cakap belum kul 9 tak leh masukl lagi.. buat muka.. nak aku kerjakan ker.. pagi2 dah hilangkan mood aku.. ni belum duk kat bilik IT nih sampai kul 5 kang.. macam2 hal lagi aku kena tempuh.. Member2 aku yang lain semua kalau boleh ngelak nak duk Bilik IT nih.. sebab tak larat nak melayan kerenah student.. mana yang nak bayar printing.. nak check in.. nak check out.. huh.. macam hotel lak..

Belum lagi yang nak print tu wat hal.. "kak sy dah tekan print tapi tak kuar pun..." Toink! dah tekan mesti kuar.. hurm.. bila g kat printer tuh.. kertas salah letak .. macam mana la printer tu nak bekerja kalau tak cukup bahan.. "dik kertas nih letak kat cini.. bukan kat celah nih..." owh.... baru tau kak .. printer kat umah sy letak kat celah tu.." hadoi.. printer kat umah ko yang ko kirakan.. lain tempat lain printer.. dan pelbagai jenis printer.. hurm..... (keluhan dilepaskan) aper diorang nih.. takleh la nak pk skit.. walhal kat printer tu siap dah diletakkan tanda [Letakkan Kertas Disini] erk! masih tak mengerti lagi ker?

No comments:

Post a Comment